Sunday, September 23, 2012

Wanita dan sifat lembutnya

Wanita ni mmg sangat terkenal dengan kelembutannya. Knpa? Because we are fragile. Yup. Women are fragile. sebab tu la bila luka, cthnya saya la, pasti akan mengeluarkan air mata. Pasal topik hari ni jangan tanya kenapa dan "apa mimipi?". sebab hari ni rasa macam nak bercakap pasal wanita. Mungkin sebab tadi tengok ayat-ayat dalam fesbuk kot yang membuatkan terdetik hati ini nak cakap pasal kita, kaum hawa. Saya memangla xda banyak sangat pengetahuan pasal topik2 mcam ni, skit2 tu adalah. Hawa ni, hatinya lembut. Walau nampak kuat tapi dalam hati hanya dia saja yang tau. Diluar nampak senyum dan nampak macam tak ada apa-apa jadi, tpi dalam hati dia menangis. Dia mungkin tak nak tunjukkan pada dunia, sebab takut mereka risau. Mungkin sebab itulah, wanita ni bila kawan-kwan tanya, "kau ok ke?", "are you alright?",  "kenapa dengan kau?", dia akan jawab, "aku ok je.", "tak ada apa-apa la". Jawapan yang ringkas kerana berasa terbeban bila dia perlu bagitau kat kawan @ family pasal masalah yang dia ada. Memangla ok kalo cerita kat orang lain,tapi lain orang, lain la sifatnya.

Tapi, tidak semua wanita ni sifatnya lembut mungkin sebab dia dipengaruhi dengan persekitaran atau faktor lain yang kurang pasti. Apa pun sebabnya, pasti suatu hari dia akan menangis jugak. Macam sy cakap tdi, hati wanita ni lembut. nampak kasar tpi hati tetap lembut. Lembut ni maksudnya dari segi budi pekerti, sopan santun, hormat orang tua dan juga hormat orng lain. Tapi, para lelaki janganla pulak mengambil kesempatan diatas sifat lembut yang ada pada wanita. Jangan la dikasari, didera, dilukai dan yang sewaktu dengannya, kerana itu semua sifat syaitan. semua agama pasti menggalakkan penganutnya menghormati satu dengan yang lain. 

So bila jadi wanita ni, sifatnya kna la sepadan dengan perkataan 'Wanita'. Wanita mestila ada sifat lembutnya. Bersifat lembut bukanla maksudnya tiada sifat marah. Marah tu memang ada (sifat semulajadi manusia kot...??!) tapi harus berpada-pada. Jangan terlalu menunjukkan sifat marah tu secara terbuka macam cakap perkataan yang tak elok, yang tak senonoh lebih-lebih lagi dalam laman sosial (pesbuk etc..). tak elok bila orang tengok dan baca, sebab awk tu perempuan. Perkataan yang keluar @ tertulis itu sebenarnya mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya.  Ini sebenarnya jadi pengajaran buat sya sendiri yng pernah tulis @ sebut apa2 yang tidak patut itu dulu. itu dulu la..yang dah lalu kita jadi pengajaran. Apa-apa pun, berhati-hati la dengan perkataan yang keluar dari mulut mu sebab ia mencerminkan diri kita yang sebenar and orng baca dan tengok pun rsa pelik krna perempuan yang buat macam tu. Pesana untuk wanita-wanita dan sya sendiri. Ingat, kita ni kaum Hawa yang penuh dengan sifat lembut. 

p/s: kalo nak baca, silakan baca. Kalo tak nak baca pun, tengok saja pun xpe...hehehe...Tak marah pun. Tpi kalo sedar diri tu wanita, fikir-fikirkan la.. God Bless all Women in the World...

I luv ya :) :) :) :)

No comments:

Post a Comment