Wednesday, May 29, 2013

My Graduation Day!


Its my graduation day! 21st May 2013! Thank You UiTM! Jutaan terima kasih untuk keluarga, saudara mara, dan sahabat yang telah mendoakan kejayaan selama sya menuntut di UiTM. Terima kasih yang tidak terhingga untuk para pensyarah, mentor, senior-senior yang banyak membantu menyalurkan ilmu bukan saja untuk saya tetapi juga untuk kawan -kawan semua. Terima kasih diaatas segala penat lelah mengajar dn membantu disaat kami memerlukan nasihat dan tunjuk ajar. Terima kasih kerana menghalalkan segala ilmu yang telah diberikan. 


Untuk family semua, terima kasih untuk doa yang tidak pernah putus-putus mendoakan kejayaan saya. Untuk mak, segulung ijazah ini untuk mak! segala kerisauan, kesusahan yang dihadapai selama ini telah dibayar dengan kejayaan yang sya dapat. Terima kasih sebab sudi menghadiri majilis konvokesyen uitm kali ke -78 walaupun pelbagai dugaan dihadapi dalam perjalanan. Tiada yang lebih indah dari berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan kawan-kawan seperjuangan.  Sempat juga merasa sedih keran tiada ayah yang disayangi untuk berkongsi kegembiraan masa itu. Tapi saya yakin ayah melihat dari sisi Bapa dan turut merasakan kegembiraan yang tidak terhingga ini. Ini untuk mak dan ayah! Alangkah indahnya ayah juga jika ayah dapat berada bersama di dalam dewan melihat apa yang berlaku sepanjang majlis dan dapat juga memeluk mak dan ayah. 









No comments:

Post a Comment