Tuesday, April 17, 2012

Mungkin bukan masanya

Hello semua!!kepada yang sudi nak baca, boleh la baca. Blog ni bukan bertujuan nak minta korang semua like, follow atau buat apa-apa pun, cuma sekadar untuk berkongsi maklumat, masalah dan kegembiraan. Dengan kata lain, untuk Curhat (curahan hati). Dengan berkongsi sesuatu di blog sya ni dah cukup untuk melegakan sedikit bebanan dalam diri. Walaupun kita ada kawan, tapi bukan semua orang yang boleh menyediakan masa untuk mendengar masalah kita, kan.


Sekadar untuk berkongsi cerita, terlalu banyak yang sudah sya lalui sepanajang meningkat dewasa. Antaranya menghadapi konflik dengan diri sendiri, dengan sahabat, dengan keluarga, dan juga menghadapi konflik sebagai seorang yang bergelar pelajar universiti.Terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan dalam tempoh masa yang singkat, lepas tu masalah untuk membahagikan masa lapang dengan pelajaran. I believe most of us, are in the same situation right now, rite? hurmm...tapi memang dah lumrah sebagai seorang pelajar. Kata orang "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang dan berkemampuan, kan? Sama juga seperti sya. Saya dilaharikan dalam keluarga yang sederhana sahaja. Tidak kaya dan tidak miskin. Walaupun begitu, sya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Dengan adanya keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan sentiasa berada disisi, sedikit sebanyak dapat membuatkan hidup kita lebih bererti dan dihargai. Cinta dan kasih sayang keluarga pada kita tidak pernah kurang dan berubah. Lebih-lebih lagi kasih Tuhan kepada anak-anakNya. Kasih itu memang tidak akan pernah berubah hari ini sampai selama-lamanya. Kasih Tuhan sentiasa memerhatikan kita dan menyenangkan hati kita walaupun dalam keadaan susah. 


Walaupun adanya Kasih yang kekal selamanya, manusia tidak pernah puas dengan setiap yang mereka ada. Memang Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dan diciptakan untuk berpasangan. Ramai kan kita yang sekarang ni sudah memiliki pasangan dan tidak kurang juga yang sudah bernikah. Tahniah buat mereka yang sudah bertemu jodoh. Bagi yang belum bertemu jodoh, percayalah bahawa Tuhan telah meyediakan seseorang yang lebih baik untuk kita. Saya mula faham apa yang dimaksudkan setelah sya rasa setiap perhubungan yang saya jalani, tidak dapat bertahan lama seperti yang kita inginkan. Kekecewaan yang kita dapat sangatlah menyakitkan sehingga ada yang mengambil keputusan bahawa itulah keadaan yang sangat menyakitkan dan mula berfikir untuk mengakhiri kehidupan mereka. 


Perubahan mula dirasai dan saya mula mendekatkan hati saya kepada Tuhan. Saya rasa sangat bersyukur kerana Tuhan tunjukkan kepada saya siapa diri dia yang sebenarnya. Soal jodoh, saya mulai serahkan kepada Tuhan. Saya tahu dia telah menyediakan seseorang untuk saya. Sampai masanya, dia akan pertemuka kami. Bukan maksudnya sya hanya risau pada 1 perkara, tapi risau juga pasal kehidupan dan pelajaran. Setiap malam sebelum tidur, saya akan berdoa semoga Tuhan berikan dan tunjukkan orang yang telah dia sediakan untuk saya sebaik sahaja bangun dari tidur. Tapi, ternyata Tuhan mahu saya lebih banyak bersabar sebab dia belum menjawab setiap doa saya. Tuhan, tunjukkan kepada ku siapa dia yang telah Engkau sediakan untuk saya...=)




Really like this Quote..;)

No comments:

Post a Comment